Wednesday, May 20, 2009

Apa itu Cinta?


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu
indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap
dan putih bersih.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu
hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi
dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan
dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin
ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci.
Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.
Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia
tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,
ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti
cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan
nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi
bernoda dan berdosa.

No comments: