Showing posts with label ::LOVE::. Show all posts
Showing posts with label ::LOVE::. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Perkara Yang Anda Tak Perasan ATAU Saja Tak Berperasaan


Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam
untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

HATI DAN PERASAAN


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin
anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda
tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda
di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya
apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wednesday, May 20, 2009

Apa itu Cinta?


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu
indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap
dan putih bersih.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu
hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi
dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan
dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin
ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci.
Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.
Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia
tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,
ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti
cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan
nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi
bernoda dan berdosa.